Penglibatan

PENGLIBATAN DALAM SASTERA SIBER
  • Ahli eSastera.Com sejak 5 Ogos 2002 (salah seorang ahli terawal).
  • Sajak pertama yang disiarkan di eSastera.Com berjudul Aku Hanyalah Banduan (2 September 2002).
  • Pernah dianugerahkan Platinum Membership oleh pihak pengurusan iaitu kAPAS Enterprise kerana keaktifan di eSastera.Com di peringkat awal penubuhan.
  • Menulis di beberapa buah komuniti seperti Penyair, Sajen, Berbicara, Bimbingan, Novelis, Cerpenis dan lain-lain.
  • Memiliki 2 buah laman web / weblog di bawah seliaan eSastera iaitu http://www.esastera.com/nimoiz dan http://www.nimoizty.esasterawan.net.
  • Merupakan bekas administrator komuniti eSastera Teka-teki.
  • Merupakan administrator eSastera Bimbingan mulai 21 April 2007 hingga sekarang.
  • Telah menerbitkan 3 buah buku di bawah label eSastera.Com iaitu kumpulan puisi Jalan Baru: edisi khas penerima anugerah penyair alam siber 2003 & 2004 (eSastera Enterprise, 2006), antologi cerpen lima penulis muda eSastera: Salju Jabal Musa (eSastera Enterprise, 2007) dan kumpulan cerpen Esprit de Corps (eSastera Enterprise, 2008).
  • Karya-karya berupa sajak, sajak jenaka, novel bersama dan blook telah dimuatkan dalam 5 buah buku terbitan eSastera iaitu antologi puisi Apas, antologi sajak jenaka Sajen, Novel bersama Hostel: Debaran Kedua, koleksi blook Budak Kayu dan antologi finalis karya eSastera Sejalan Tak Seiring.
  • Turut menyumbang tulisan dalam majalah Sastera.Net terbitan eSastera Enterprise seperti sajak dan esei.
  • Telah menghasilkan 5 buah modul untuk kegunaan Akademi Sastera Siber (AKSES) iaitu Penulisan Sajak, Penulisan Cerpen, Penulisan Novel, Deklamasi Puisi dan Menyiarkan Karya di Media Cetak. Modul-modul ini mula digunapakai pada AKSES 4 (2009).
  • Pernah beberapa kali menjadi hos / pengacara majlis untuk malam Hadiah eSastera.Com (HesCom) pada tahun 2006 dan 2008.
  • Pernah menjadi hos retreat AKSES 3 pada 7-9 Februari 2008, pengerusi majlis penutup AKSES 4 di Kota Bharu dan pengerusi sesi pembentangan kertas kerja.
  • Merupakan salah seorang fasilitator AKSES: 1 (2005), 3 (2007) dan 4 (2008).
  • Merupakan mantan ketua eSastera Wilayah Borneo, mantan AJK Sekretariat Persatuan Sasterawan Siber (PESIBER) untuk Sarawak dan kini merupakan Ketua eSastera Negeri Johor.
  • Pernah mengikuti beberapa program off-line anjuran eSastera termasuklah Gathering Raya eSastera dan lain-lain pertemuan di Jabatan kejuruteraan Bioperubatan UM, Kolej Kediaman Kedua UM, House of Suraya di Kota Bharu, perjumpaan di rumah pengasas eSastera di Taman Tun Dr. Ismail, rumah Asyramy, Restoran Syed Bangsar dan lain-lain.
  • Dilantik sebagai moderator slot pelancaran buku dalam program bicara buku "Mencari Makna Diri", Malam Puisi Penyair Puzi Hadi dan Pelancaran Buku E-Sastera sempena Program Pusat Seni Setempat.

BENGKEL,PENATARAN SASTERA, PENGACARAAN DAN PENGHAKIMAN
  • Pernah mengikuti beberapa bengkel penulisan / program anjuran badan penulis seperti PPK, GEMA, WARISMU, DPMP, PPJ dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Bengkel Penulisan Kreatif anjuran GEMA pada tahun 2001, Minggu Penulis Remaja (MPR) 2004, Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif anjuran DBP Cawangan Sarawak dan Bengkel Penulisan Novel di Paka di bawah bimbingan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan dan lain-lain.
  • Aktif menganjurkan program bercorak sastera, seni dan budaya semasa berkhidmat di Politeknik Mukah Sarawak (2004-2008).
  • Pernah 2 kali menjadi hakim Sayembara Puisi berunsur Islam Ireland-UK II 2006 dan Sayembara Puisi berunsur Islam anjuran Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) 2008.
  • Pernah menjadi hos / pengerusi sesi majlis diskusi sastera / baca puisi seperti diskusi karya mantan MPR 2009 dan majlis baca puisi PPMN di Melaka 2009.
  • Turut mengikuti program peringkat nasional seperti Perkampungan Penulis Muda Nasional (PPMN) 2005 dan PPMN 2009 serta Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) 2009.
  • Menyertai Titian Sastra E-Sastera dan Global Community Service (GLOCOSE) Breakthrough to Yogyakarta, Indonesia pada 8 – 11 Ogos 2014
  • Menjadi peserta Sidang Kemuncak Penulis Malaysia pada 24 – 26 Oktober 2014 di Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah.
  • Pernah dijemput membaca puisi oleh Maskara di Rumah Pena, GEMA dan WARISMU.
  • Pernah dilantik sebagai Ketua Hakim Program Jejak Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Perak di UiTM Perak pada 12 November 2013
  • Dilantik sebagai Penilai majalah Dewan Sastera pada tahun 2014

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 
  • Telah membentangkan kertas kerja bertajuk Masa Depan Sastera di Sarawak semasa Perkampungan Penulis Sarawak 2008 pada 27-29 Jun 2008. Antara kandungan kertas kerja dan pembentangan ialah turut menyentuh akan masa depan internet, blog dan sastera siber.
  • Dilantik sebagai ahli panel dan penulis kertas kerja dalam program bual bicara sastera dengan tajuk Menjadi Jutawan Sastera: Realiti atau Fantasi? untuk program Sarjana Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Serdang pada 15 November 2013.
  • Menjadi pemakalah dan pembentang kertas kerja bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu dengan Usaha Terbit Sendiri dan Percetakan Digital dalam Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu kali ke-3 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada 25 - 27 November 2014.

PERSATUAN PENULIS
  1. Ahli biasa Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
  2. Ahli biasa Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA)
  3. Diluluskan sebagai Ahli Seumur Hidup Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berkuatkuasa pada 13 Januari 2014