Nimoiz T.Y atau Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub berasal dari Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) dari UTM, Skudai. Antara buku beliau yang telah diterbitkan ialah Jalan Baru (2006), Menjadi Penulis Jutawan (2007), Esprit de Corps (2008) dan Tukang Auta (2011). Buku Republik Korupsi (2014) pula diterbitkan di Jakarta dan dilancarkan di Tembi Rumah Budaya, Jogjakarta. 

Pada tahun 2015, beliau telah menerbitkan 3 buah buku iaitu Sang Pelakon, Jaguh Deklamasi dan Republik Eskapisme. Pernah muncul di Radio Republik Indonesia (RRI) untuk berbicara tentang sastera siber. Karyanya turut dimuatkan dalam 30 buah buku lain seperti Apas, Tunas Jiwa, Manuskrip Luka Bangsa, Akulah Musi dan Bara Api Dalam Dada. 

Beliau telah memenangi lebih 20 hadiah penulisan termasuklah Johan Anugerah Penyair Alam Siber (2003, 2004, 2006), Pemenang Hadiah Peraduan Puisi Sains KaryaNet 2004, dan Penerima Anugerah Penerbitan Alumni UTHM 2008. Puisinya “Mari Kita Cipta Alam Lestari” terpilih sebagai teks Kajian Kesusasteraan Melayu Moden SPM mulai tahun 2015.